Thursday, March 14, 2013

Faedah uruskan masa





Lebih mudah uruskan masa berbanding uruskan manusia


Pengurusan masa adalah satu elemen yang sangat penting dalam hidup setiap orang. Kegagalan menguruskan masa akan menimbulkan rasa kecewa dalam diri sendiri dan memberi kesan kepada orang lain yang berada di sekitar. Tentulah mereka akan memberi reaksi yang sangat negatif jika kita melalaikan masa seperti enggan lagi berurusan atau berjanji. 
 
Pengurusan masa yang baik memberi banyak faedah dalam hidup. Antaranya ialah menjadikan jadual harian lebih teratur, menyemai sifat tanggungjawab dan amanah, setiap aktiviti dilaksanakan dengan lebih terurus, berupaya memberi fokus kepada perkara-perkara yang patut diberi keutamaan, dapat merehatkan diri dan mengelakkan sifat malas.
 
Disiplin diri sangat penting untuk menguruskan masa. Jika kita sukar mendisiplin diri, susahlah sedikit hendak uruskan masa ini tetapi jangan pula jadikan disiplin sebagai halangan untuk membazirkan masa harian kita.

 

No comments:

Post a Comment