Monday, March 11, 2013

Tabah ujian hidup






Hidup kita sentiasa diuji. Pada masa-masa tertentu kita mendapat nikmat kesenangan, kebahagiaan dan pada masa lain, kita merasai kesusahan dan kecewa silih berganti. Mungkin juga pada waktu ini kita diberi nikmat dan rahmat dengan kesihatan yang sangat baik, boleh melakukan kerja dengan sempurna. 
 
Sebaliknya pada waktu lain, kita ditakdirkan sakit dan terlantar di atas katil, terpaksa berehat panjang. Mungkin juga ada masa-masanya kita mendapat rezeki yang datang mencurah-curah sedangkan pada masa lain kita berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat seringgit dua.
 
Ujian-ujian yang beginilah akan kita lalui sepanjang hidup sesuai dengan tahap kemampuan yang ada pada diri kita. Hanya mereka yang cekal, tabah dan bersemangat yang akan berjaya mengharungi ujian hidup dan meraih kecemerlangan.

 
Post a Comment