Saturday, March 16, 2013

Bosan belajar




Belajar perlu ikut disiplin


Macam-macam jenis bosan seperti bosan belajar, bosan bekerja atau bosan duduk di rumah. Bosan yang biasa kita alami ialah bosan belajar kerana semua orang pernah melalui zaman belajar dan bagi sesetengah orang memang membosankan. 
 
Belajar kena ikut banyak aturan dan disiplin seperti ikuti kelas, masa belajar, ujian, tutorial dan peperiksaan. Keluar awal pagi ke sekolah dan pulang hampir malam tentulah membuatkan hidup menjadi bosan.
 
Belajar pula banyak subjek yang “memecahkan kepala” dan semuanya memberi cabaran. Namun hendak berjaya kenalah berhadapan dengan banyak cabaran. Hanya mereka yang mahu mengatasi cabaran ini yang akan berjaya. Mereka yang tidak mahu menerima cabaran tentulah akan ketinggalan dan masa depan juga terganggu.
 
 

No comments:

Post a Comment