Friday, March 15, 2013

Cara atasi bosan




Bersiar-siar dapat atasi bosan


Bosan merupakan sebahagian daripada ciri-ciri hidup. Namun, jika dibiarkan ia akan menjadi masalah yang serius. Bosan atau rasa jemu boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada tekanan. Maksudnya, bosan memberi kesan sama ada positif ataupun negatif untuk kita selesaikannya. 
 
Dari segi positif, kita akan menyusun semula aktiviti harian untuk memastikan setiap ruang dan masa diisi dengan program atau aktiviti yang memberi faedah kepada diri dan keluarga seperti riadah bersama, membaca buku atau bersiar-siar dengan rakan-rakan. 
 
Jika kita dapat isi masa seperti ini setiap hari, baguslah. Dari sudut negatif, orang yang berasa bosan ini biasanya suka dengan hiburan. Jadi, dia mungkin memenuhkan masa dengan aktiviti kurang cergas seperti menonton televisyen, lepak-lepak atau tidur. Pada saya, lebih baik gunakan pendekatan positif untuk mengatasi rasa bosan ini.

 

No comments:

Post a Comment