Sarapan pagi umpama "booster" kepada otak |
Satu organ yang sangat dalam anggota badan kita ialah otak. Otak menjadi organ yang menggerakkan kecergasan fizikal, mental dan spiritual kita. Banyak peribahasan dan slogan yang berkait dengan kecergasan fizikal seperti “badan cergas, otak sihat”. Otak kita perlu dijaga sebaik-baiknya supaya badan kita cergas dan hidup lebih sihat.
Ada
beberapa sebab yang boleh merosakkan otak kita, pertama, tidak mengambil
sarapan pagi. Keperluan otak kita merangkumi 25 peratus daripada tenaga badan.
Enggan mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah
dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel otak akan mati dan
keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
Kedua,
orak menjadi lemah kerana makan berlebihan. Banyak makan menyebabkan banyak
darah dialirkan kepada perut dan usus bagi pencernaan, menyebabkan kekurangan
darah sampai ke otak. Ini boleh sebabkan rasa mengatuk, malas dan hilang daya
fokus. Jadi, banyak makan tidak bermakna menyebabkan otak semakin baik.
Ketiga,
tidur berlebihan. Sama seperti makan berlebihan, tidur yang keterlaluan menyebabkan
otak menjadi lembap dan tidak aktif. Justeru, tidur yang cukup sangat baik
untuk kesihatan otak.
Terakhir,
jarang melatih otak berfikir menjadikan keupayaan otak semakin berkurangan.
Enggan berfikir atau menyelesaikan masalah yang rumit menyebabkan sel-sel
neuron pada otak kita tidak dapat berkembang dengan pantas bagi memecahkan
kebuntuan dalam menyelesaikan satu-satu masalah.
Mengetahui
bagaimana otak kita berfungsi amat penting khususnya bagi menyelesaikan masalah
dan cabaran hidup.
No comments:
Post a Comment