Saturday, March 09, 2013

Bekerja untuk hidup






Seorang penganggur tidak dapat menceritakan bagaimana nikmatnya bekerja, nikmatnya menerima gaji pada hujung bulan dan nikmatnya menyelesaikan tugas dengan sempurna dan mendapat pujian bos. Dia juga tidak dapat merasai seronoknya bekerja kerana memilih untuk relaks dan lepak-lepak.

Tidak bekerja bukanlah pilihan yang bijak kerana sepuluh tahun yang akan datang, serba-serbi perlukan wang. Langkah keluar dari rumah, teringin hendak membeli barang atau teringin hendak merasa makanan, kita perlukan wang. 

Jika hidup tanpa bekerja, di mana hendak cari wang? Untuk meneruskan kehidupan, kita perlu berdikari, berfikir dan mencari peluang kerjaya. Hanya orang yang sanggup bersusah-payah, tabah dan cekal akan dapat survive.
 
 

No comments:

Post a Comment