Friday, March 08, 2013

Semai nilai cemerlang sejak kecil






Semasa Albert Einstein berusaha mencari formula-formula baru, dia sering kali gagal tetapi tidak pula memberi pelbagai alasan untuk menghentikan percubaannya. Ada dua nilai yang menjadi prinsip hidupnya, pertama ialah bekerja dengan bersungguh-sungguh, kedua ialah pantang menyerah kalah atau “never give up”. 
 
Selepas itu, dia berjaya mencipta banyak formula yang memberi manfaat kepada pengetahuan kemanusiaan.
 
Sekarang cuba kita tanya kepada diri sendiri: kenapa aku tidak boleh berjaya seperti orang lain? 
 
Untuk berkongsi jawapan dengan anda, kita tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk mendapat jawapan. Cukup dengan pertanyaan: apakah nilai-nilai kecemerlangan yang ada dalam diri kita? Kecemerlangan bermula dengan nilai-nilai positif yang diasuh, dididik dan dibentuk hingga menjadi tabiat dan budaya hidup, barulah kecemerlangan boleh menjadi sebahagian daripada hidup.  

 

No comments:

Post a Comment