Sunday, March 10, 2013

Buat kerja sungguh-sungguh






Saya memetik sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud, 

“Di antara tanda-tanda kebaikan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya”. (At-Tirmidzi)

Hassan Al Banna berkata dalam semua hal, kita memperlihatkan peribadi yang baik setiap masa. Misalnya ketika bekerja, kita perlu bekerja bersungguh-sungguh dan rajin berusaha. Juga ketika belajar, kita perlu belajar dengan penuh tekun, kita perlu beribadah dengan penuh tawadhu’, masa bermain kita bermain dengan baik.  

Berkaitan hadis ini, apa-apa yang baik dan memberi kebaikan kepada kita dan masyarakat, kita lakukannya bersungguh-sungguh. Kesungguhan melakukan kebaikan harus bermula di rumah, menyemai nilai-nilai kebaikan dalam perkara-perkara kecil seperti tepati masa, jaga kebersihan diri, bermuka manis atau mengambil berat hal ehwal jiran tetangga.

Perkara yang merosakkan hubungan dengan orang lain wajar diketepikan supaya nilai-nilai Islam yang ada dalam diri kita tidak tercemar dengan satu atau dua tingkah laku negatif.


Post a Comment