Tuesday, March 12, 2013

Bertangguh rugikan masa depan




Budaya bertangguh jadikan hidup tidak produktif 


Kemerosotan prestasi kerja, belajar atau apa sahaja ada kaitannya dengan sikap suka bertangguh. Dalam masyarakat kita, sudah ada beberapa perkataan yang menunjukkan sikap bertangguh ini seperti, “nantilah”, “esoklah”, “malaslah” dan sebagainya.

Bertangguh-tangguh ini umpama barah yang sentiasa menular dalam hati kita. Jika kita tidak berusaha mengatasinya, ia akan membuatkan kita tidak bersemangat untuk menyempurnakan banyak kerja yang penting-penting. 

Langkah pertama sangat mustahak untuk memusnahkan sikap bertangguh dalam diri. Konsep “asal gerak” sangat baik untuk dipraktikkan kalau sikap bertangguh ini ada dalam fikiran kita. Jika susah sangat, cuba paksa diri untuk bergerak dan memulakan usaha pertama.

 

No comments:

Post a Comment