Tuesday, May 15, 2012

Setiap peristiwa ada hikmah

Membaca mengubah hidup masa depan
Apabila umur kita semakin meningkat dewasa dan melangkaui umur tua, tentu banyak kenangan yang muncul dalam fikiran sama ada yang memberi bekas atau tidak dalam hidup.

Dalam beberapa keadaan, banyak peristiwa yang tidak dapat dijelaskan semasa ia berlaku.

Seorang penulis Inggeris, Somerset Maugham pernah menceritakan seorang pembantu rumah yang berpangkat rendah bekerja di sebuah rumah ibadat do London. Sebaik sahaja diketahui bahawa beliau tidak boleh membaca dan menulis, majikannya telah bertindak memecat dan menghalangnya dari bekerja.

Kita boleh bayangkan apa yang berlaku pada emosi pemuda tadi. Namun fikirannya pergi lebih jauh. Beliau bertindak mengeluarkan semua wang simpanannya dan mula mendirikan gerai jualan. Sedikit demi sedikit beliau mengusahakan bisnes sehingga berjaya dengan memiliki wang dan harta yang banyak. Suatu hari, ketika memasukkan wang ke dalam akaun bank, seorang petugas bertanya, "Tuan mampu menjadi kaya walaupun buta huruf, kalau tuan boleh menulis dan membaca, pasti tuan lebih hebat."

Lalu pemuda ini menjawab, "Jika saya boleh membaca dan menulis, hari ini saya akan jadi pembantu di rumah ibadat sahaja."


No comments:

Post a Comment