Dalam organisasi, setiap pekerja sentiasa diuji supaya mereka cekap dan dapat memberi khidmat yang terbaik.
Pihak majikan, sama ada kerajaan atau swasta tentu berasa bangga sekiranya mendapat pekerja yang mampu berfikir tiga atau empat langkah ke hadapan, dapat meramalkan risiko yang sedang menunggu dan mencadangkan langkah untuk mengatasinya. Pekerja seperti ini dikatakan memiliki sikap proaktif dan boleh menjadi orang kepercayaan syarikat.
Berlawanan dengan sikap proaktif ialah reaktif iaitu menunggu untuk disuruh baharu hendak bertindak.
Bagi seorang juruteknik yang proaktif, dia akan bertindak sebaik sahaja menerima laporan kerosakan tanpa mengira waktu, sebaliknya juruteknik yang reaktif akan mengambil masa dua atau tiga hari, itupun ketika waktu pejabat.
Mentaliti juara hanya berada pada juruteknik yang proaktif, bukannya juruteknik yang reaktif.
No comments:
Post a Comment