Belajar biar pandai |
Dunia akademik di Barat, khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah kerap menjalankan kajian tentang manusia.
Salah satu bidang kajian ini ialah tentang diri manusia atau diri kita sendiri.
Hasil kajian-kajian yang dilakukan ini dirumuskan sebagai: ramai orang yang kurang menyedari siapa diri mereka yang sebenarnya dalam hal arah tuju dan keperluan-keperluan hidup untuk menghadapi cabaran serta peluang-peluang yang boleh diambil dalam sepanjang masa hidup yang dilalui.
Kunci kepada menjual kemahiran dan kepakaran diri ialah mengetahui di mana kedudukan diri kita sendiri dalam pelbagai aspek hidup yang merangkumi tahap pengetahuan, emosi, rohani dan jasmani. Sebab itulah, pendidikan formal sangat penting, belajar sampai ke universiti sangat penting kerana lebih tinggi ilmu, lebih cepat dan mudah kita mengenal diri sendiri.
Jadi, kepada anak-anak muda, belajarlah rajin-rajin.
No comments:
Post a Comment