Saturday, May 19, 2012

Sahsiah positif tentukan kejayaan





Kita boleh pilih untuk berjaya

Setiap orang diberikan bakat, kemahiran dan keupayaan yang berbeza-beza.

Dalam keluarga pun, anak yang pertama atau anak sulung berbeza dengan anak kedua, ketiga atau anak bongsu. Perbezaan inilah yang menentukan kualiti diri yang ada pada setiap orang, seterusnya menentukan sahsiah positif atau sahsiah negatif.

Sahsiah positif adalah kekuatan diri yang ada pada seseorang untuk melonjakkan kecemerlangan. Contoh sahsiah positif ialah bertanggungjawab. Sikap ini sangat mustahak kerana menyediakan mental dan fizikal untuk bersedia menghadapi semua rintangan dan cabaran sama ada kecil atau besar, senang atau susah, berisiko atau tidak.

Bagi pencari kerja, majikan amat suka kepada pekerja yang bertangungjawab kerana dia tahu semua kerja akan disempurnakan dengan sebaik-baiknya. 


No comments:

Post a Comment