Sunday, May 20, 2012

Serius dengan masa





Urus masa untuk berjaya


Saya mengenali seorang rakan yang boleh berbahasa Jepun dengan baik.

Beliau pernah belajar bahasa Jepun selama dua tahun seterusnya menyambung pengajian di Jepun. Selepas melalui proses pembudayaan masyarakat Jepun, perwatakannya sedikit sebanyak menunjukkan pengaruh budaya negara itu.

Satu amalan yang menarik ialah disiplin masa. Beliau sentiasa pakai jam tangan. Setiap kali mesyuarat atau perjumpaan, biasanya beliau menjadi orang pertama yang hadir.

Dalam konteks global, masyarakat di negara-negara maju sangat mementingkan masa berbanding negra-negara membangun. Dalam sebuah rancangan televisyen, hasil kajian ke atas kehadiran pelajar universiti untuk kuliah mereka menunjukkan sangat ramai pelajar yang datang lewat ke kuliah. Malah ada sehingga 30 minit dengan alasan sarapan pagi.

Kalau kita hendak jadi bangsa yang maju, kenalah serius dengan masa.

 

No comments:

Post a Comment