Tuesday, May 08, 2012

Beza jaya dan gagal




Usaha pasti jaya

Jurang pemisah antara orang yang berjaya dan gagal sangat jelas.

Orang yang berjaya memiliki cara berfikir yang lebih fokus kepada keuntungan dan mengelakkan daripada mengalami kerugian apabila membuat keputusan. Kelompok ini sangat berkira-kira dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Sebaliknya terjadi kepada orang yang gagal. Fokus kelompok ini ialah pada risiko, perasaan takut dan memikirkan kerugian. Bagi mereka, adalah lebih baik memikirkan nikmat jika tidak melakukan perkara tersebut.

Seorang jurujual yang gagal memberi fokus pada ketakutan untuk membuat temu janji dengan pelanggan, baginya lebih baik duduk-duduk di pejabat.

Jurujual yang berjaya tidak begitu. Dia akan memberi fokus pada berapa banyak pendapatan jika berjaya membuat jualan. Dia mengenepikan perasaan malu dan takut untuk berjumpa dengan pelanggan.


Post a Comment