Thursday, May 10, 2012

Bina matlamat dan strategi untuk berjaya







Saya selalu diminta memberikan ceramah kepada para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk berhadapan dengan peperiksaan penting.

Satu soalan yang saya selalu lontarkan ialah: Adakah kamu mempunyai matlamat belajar? Kebanyakan pelajar menyahut: Ada!

Masing-masing ada keinginan yang tinggi untuk meraih keputusan yang hebat dalam peperiksaan. Kemudian saya bertanya soalan kedua. Apakah strategi dan tindakan kamu untuk mencapai matlamat tersebut? Tidak ramai yang boleh menjawab soalan ini kerana tidak pernah terfikir strategi terbaik untuk merealisasikannya.

Sama ada pelajar, kakitangan awam atau swasta dan sesiapa sahaja, kita perlu memiliki strategi dalam merancang dan mencapai sasaran. Kelemahan dalam strategi seringkali menyebabkan matlamat tidak tercapai dan jauh daripada kejayaan.

Bertindaklah sekarang, bina matlamat dan bentuk strategi yang mantap supaya matlamat tadi boleh dicapai dengan jaya.


No comments:

Post a Comment