Sunday, May 06, 2012

Cara kerja naik pangkat

 
 


Bagaimana rupanya pekerja  yang dimahukan majikan untuk dinaikkan pangkat?

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang kisah dua orang rakan yang bersama-sama belajar di universiti dan bekerja di tempat yang sama. Selepas tiga tahun, salah seorang daripada mereka telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus kanan, sementara seorang lagi masih kekal sebagai pengurus.

Pengurus kanan adalah Salihin dan pengurus adalah Mustafa.

Dalam situasi ini, Mustafa perlu membuat laporan kepada Salihin iaitu tindakan yang tidak digemarinya. Bagi mengetahui kenapa dia tidak dinaikkan pangkat, Mustafa telah berjumpa dan bertanya sendiri sebab-sebabnya. Lalu majikan memintanya melaksanakan satu tugas yang mudah iaitu pergi ke pasar dan kembali dengan laporan tentang harga sekilo durian "Musang King".

Dengan pantas Mustafa beredar dan kembali selepas itu dengan memaklumkan sekilo durian ialah RM30. Majikannya bertanya, jika mereka hendak 50 kilo, berapakah harga paling murah yang akan dapat? Mustafa kembali ke pasar dan membuat beberapa rundingan dengan penjual.

Kemudian beliau kembali menemui majikannya dan menjelaskan harga terbaik yang akan dapat. Majikannya bertanya lagi, kalau mereka membeli dari penjual itu, bagaimana mereka boleh mengambil buah tersebut? Adakah penjual boleh menghantarnya atau mereka sendiri yang perlu mengambilnya?

Mustafa pergi sekali lagi ke pasar dan membuat beberapa perundingan kerana dia mula faham yang majikannya akan bertanya banyak soalan. Pengalaman ini memberi isyarat kepada Mustafa bahawa dirinya belum dapat membuat kerja yang dikehendaki oleh majikan.

Kata orang, "pandai-pandailah sendiri". Akhirnya  Mustafa malu dan enggan bertekak dengan majikannya lagi.


No comments:

Post a Comment