Perlu rancang untuk memiliki anak ramai (Sumber: google images) |
Nadya Suleman baru berusia 36 tahun,
sudah pun mempunyai enam orang anak apabila beliau melahirkan lapan oranganak lagi
tiga tahun lalu.
Beliau telah memfailkan kemuflisan
selepas gagal membayar sewa, bil dan berhutang dengan sebuah sekolah kristian.
Pekerja perlindungan kanak-kanak turut melawat rumahnya selepas terdapat
laporan yang menyatakan kehidupan anak-anaknya dalam kadaan daif.
Nadya pernah muncul dalam sebuah
majalah dengan keadaan separuh bogel dan dibayar RM23,000. Beliau berikrar
tidak akan muncul dalam filem-filem lucah.
Namun, selepas menghadapi kesusahan
hidup yang meruncing, beliau bersetuju untuk berlakon dan menelan balik
kata-katanya sebelum ini.
"I'm going to eat my words. All that matters is I take care of my
family.
Kisah Nadya mengingatkan kita kepada Safiah Yusof yang
menjadi pelayan sosial kerana ingin merasai kebebasan hidup. Latar belakang
yang penuh dengan paksaan dan peraturan, akhirnya menjadikan Safiah bangga
dengan pekerjaan yang menjatuhkan maruah dirinya dari sudut Islam. Sesiapa
sahaja boleh mencari gambar-gambarnya yang “amat menyakitkan mata” itu.
Tekanan hidup membuatkan seseorang sanggup bertindak di
luar kebiasaan hidup semata-mata mencari jalan penyelesaian mudah. Bergantung
kepada manusia dan menyesal atas ujian Allah swt menjadikan kita mudah
terpengaruh dengan bisikan syaitan yang mahu menjerumuskan mahkluk Allah swt
yang paling sempurna ini ke lembah hina dan sesat.
Kita yang mengikuti kehidupan Nadya tentu merasa sedih.
Namun, nilai masyarakat di Barat tidak sama dengan nilai hidup seorang muslim.
Kebergantungan mereka adalah “beraja di mata, bersultan di hati” sedangkan
kita, tempat bergantung dan berharap hanya kepada Allah swt.
Masih banyak ikhtiar dan usaha yang boleh dilakukan oleh
Nadya untuk mengubah kehidupannya.
No comments:
Post a Comment