Monday, May 14, 2012

Berjaya dalam bisnes







Eksplorasi kecemerlangan berhadapan dengan banyak cabaran.

Cabaran yang utama ialah mendengar nasihat daripada orang-orang yang belum pernah merasai kejayaan. Contohnya, ketika peluang pekerjaan yang semakin mengecil, anda hendak memulakan bisnes.

Andainya anda bertanya kepada orang yang telah gagal berulang kali dalam bisnes, minat dan keinginan untuk memulakan bisnes akan menurun dengan pantas.

Namun jika anda berjumpa dengan tokoh usahawan kebangsaan, melihat cara kerja dan cara fikirnya, "kegilaan" terhadap usaha menambah wang, tentulah minat anda juga akan meningkat berkali-kali ganda untuk menjadi usahawan berjaya.

Untuk berjaya, dalam eksplorasi bidang pilihan kita, carilah tokoh atau model yang telah merasai susah dan payah dalam bisnes.



Post a Comment