Thursday, May 17, 2012

Masalah adalah lumrah hidup




Fikir untuk selesai masalah


Apakah tempat paling bebas daripada masalah?

Saya terfikir soalan ini apabila membaca kisah Dr Norman Vincent Peale dengan seorang anak muda. Oleh kerana tidak sanggup menanggung masalah hidup, anak muda ini meminta pandangan Norman memberikan sedikit tip supaya beban hidupnya menjadi kurang.

Apabila Norman bersetuju, dia menunjukkan sebuah tempat di mana ramai orang yang tidak lagi memiliki sebarang masalah. Anak muda ini tergamam tetapi puas hati.

Lalu Norman membawanya ke sebuah kawasan dan berkata, "Di sini terbaring lebih daripada 150,000 orang yang tidak lagi memiliki masalah hidup. Tahukah anda apa kawasan itu? Tempat itu adalah kubur."

Kita yang hidup ini tidak terlepas daripada masalah hidup yang perlu dihadapi setiap masa. Jadi, masalah memang tidak dapat dielakkan.



No comments:

Post a Comment