Wednesday, April 01, 2009

Tutor komputer

Sama ada anda mahir dalam perisian Windows atau Linux, HTML atau pengaturcaraan komputer, anda boleh membantu pelajar-pelajar sekolah dan universiti untuk meningkatkan kemahiran komputer mereka. Mulakan promosi perkhidmatan latihan anda dengan mengajar kelas berkenaan melalui pertubuhan bukan kerajaan atau agensi latihan yang menawarkan kursus komputer seperti ini.

Bayarannya boleh dirundingkan mengikut tempoh kursus dan kesukaran subjek berkenaan. Lebih sukar, maknanya lebih mahal.

Contohnya tutorial membina laman web untuk individu, sekolah atau persatuan. Kursus untuk menyediakan sebuah laman web yang menarik, interaktif dan canggih memerlukan sedikit kajian dan kepakaran. Jadi, peranan tutor ialah membantu pelanggan untuk membina laman web mereka. Dengan kemahiran yang ada, anda dapat mengenakan bayaran bagi menyiapkan sebuah laman web ini.

Banyak syarikat IT yang kecil ataupun besar menawarkan kursus komputer di peringkat sijil. Kandungan kursus tidaklah sukar kerana ia hanya mengajar kemahiran asas komputer seperti MS Windows XP, MS Windows Office Words, MS Office Excel dan MS Office Power Point. Program komputer ini diperlukan oleh kebanyakan pelajar sekolah dan universiti untuk melakukan tugasan, kertas kerja dan menyediakan bahan untuk persembahan di hadapan kelas.

Keperluan kepada kursus ini sentiasa ada dan sebagai tutor, anda boleh memberi khidmat kepada syarikat-syarikat IT di sekitar kawasan rumah anda.


Selain mengajar kemahiran asas komputer, anda juga boleh memberi kursus bagaimana hendak menyenggara komputer di rumah. Kandungan kursus merangkumi perisian dan perkakasan komputer, membaik pulih dan konfigurasi komputer, kerangka pengajaran termasuk pengenalan kepada perkakasan, pemasangan perkakasan komputer, set up dan installation perisian, membaik pulih sistem komputer (troubleshooting) dan konfigurasi rangkaian komputer.

Tempoh kursus boleh diadakan selama dua hari atau 14 jam dengan mengenakan bayaran bersesuaian.

No comments:

Post a Comment