Kawasan peranginan di mana-mana sahaja ada ramai pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara. Ada hotel, resort atau rumah persinggahan. Lagi cantik pantainya, lagi cantik dan menarik tempat penginapan itu.
Sektor pelancongan memberi wang kepada mereka yang berminat mencari wang tambahan, khususnya ahli muzik. Berbekal suara, sedikit pengetahuan tentang alat muzik seperti gitar, mini drum atau biola, kumpulan muzik sambilan boleh menjadi ahli muzik residen di hotel atau resort ini.
Anda tidak perlu menyanyi setiap hari untuk menghiburkan pengunjung, cukup membuat persembahan pada malam minggu dari pukul 8.30 malam hingga 1.00 pagi. Kalau musim perayaan, boleh ditambah lagi.
Tempat-tempat peranginan adalah tempat berehat dan bersantai. Pengunjung tidak kisah lagu apa yang anda hendak nyanyi selagi dapat memberi ketenangan kepada mereka. Pengurus resort juga tentu melirik senyum jika pengunjung berpuas hati dengan persembahan anda.
Empat atau lima jam menyanyi sambil menghiburkan pengunjung yang berehat sambil makan-makan dapat memberi wang tambahan kepada anda.
Bagi yang ada bakat dan ingin mencuba, anda perlukan sedikit keberanian untuk berjumpa dengan pengurus tempat peranginan, nyatakan cadangan dan buatlah perjanjian.
Bakat anda bukan setakat suara, malah boleh menyanyi dalam pelbagai bahasa – Melayu, Mandarin, Hindi, latin atau Inggeris. Lagu keroncong atau dangdut juga menarik.
No comments:
Post a Comment