Kenyataan daripada Wakil UNICEF di Malaysia, En. Youssouf Oomar sebagai maklum balas terhadap isu buang bayi yang merujuk kepada artikel yang bertajuk ‘Baby in the hole’ yang telah diterbitkan di dalam surat khabar Malay Mail, 13 Ogos 2008.
UNICEF Malaysia amat bimbang terhadap laporan-laporan media yang sering keluar mengenai isu buang bayi. Di dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kehamilan remaja yang tidak dikehendaki. Laporan-laporan seperti ini adalah amat penting untuk mengetengahkan isu sosial yang amat serius ini dan ianya juga membawa kepada lebih banyak persoalan tentang bagaimana kita patut menangani punca-punca sebenarnya.
Telah dinyatakan dengan jelas sekali di dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak bahawa kanak-kanak mempunyai hak dan tanggungjawab yang bersesuaian dengan umur dan peringkat pembesaran mereka. Konvensyen ini juga menyeru agar semua orang dapat bekerja untuk mencapai yang terbaik untuk kanak-kanak.
Dengan mengambil kedudukan mengikut perspektif konvensyen ini, kita mestilah bersedia untuk melindungi kanak-kanak di dalam dinamik ini. Tidak kira samada mereka remaja ataupun bayi yang dibuang.
PERTAMA, kita mestilah membicarakan tentang isu mengapa terdapat begitu ramai remaja yang hamil. Golongan muda sememangnya menghadapi tekanan dari rakan sebaya mereka, harapan dan harapan tinggi dari kedua ibu bapa dan juga pengaruh dari media. Sekiranya golongan muda tidak dididik untuk menguruskan semua tekanan dan pengaruh ini, mereka akan terdedah kepada kelakuan berisiko yang boleh membawa kepada kehamilan yang tidak dimahukan dan lain-lain bahaya seperti jangkitan HIV. Keutamaan yang patut kita berikan adalah untuk melengkapkan remaja, terutama sekali gadis remaja, dengan kuasa untuk mengatakan ‘Tidak’ kepada kelakuan yang mengancam kesucian golongan remaja. Pada masa yang sama kita juga patut memastikan golongan remaja lelaki juga terlibat di dalam pendidikan fokus kepada gender untuk membentuk pendapat yang positif terhadap sifat maskulin dan rasa hormat kepada wanita dan anak gadis.
KEDUA, kita mestilah memastikan terdapatnya perkhidmatan-perkhidmatan untuk memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak gadis dan remaja lelaki yang menghadapi kesukaran di dalam kehamilan yang tidak dijangka. Terutama sekali anak-anak gadis yang memerlukan akses kepada kaunseling yang tidak prejudis tentang pilihan yang mereka ada dan bagaimana untuk berhadapan dengan ahli keluarga untuk memaklumkan tentang keadaan mereka. Mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa diskriminasi agar mereka boleh meneruskan pendidikan mereka dan mencapai impian mereka.
KETIGA, kita mesti memastikan bahawa semua golongan muda mengetahui tentang pilihan dan perkhidmatan yang sedia ada ini serta bagaimana untuk mendapatkannya. Sebagai ibu bapa dan guru, ia adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan golongan muda pendidikan berdasarkan kemahiran hidup yang boleh memperkasa mereka dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran untuk membuat keputusan yang bijak. Pendidikan seksual dan reproduktif yang berasaskan kemahiran hidup boleh membantu golongan muda ini menjalani kehidupan dan kelakuan yang sihat dan mengurus situasi yang mencabar.
Orang dewasa mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk memberikan sokongan, pendidikan dan perkhidmatan yang memperkasa golongan muda untuk membuat keputusan yang betul dan bertanggungjawab.
Hanya apabila golongan muda merasa bahawa keselamatan diri mereka diperkukuhkan, barulah kita boleh melindungi mereka daripada mengambil keputusan untuk mereka dari gejala tidak bermoral. Jika masalah ini diberikan sokongan yang sepenuhnya, barulah kita boleh melindungi bayi-bayi yang tidak berdosa daripada dibuang dan dinafikan hak mereka untuk memulakan kehidupan yang terbaik buat mereka.
Unicef Malaysia
maaf tumpang lalu di sini, nama saya zara, melihat kepada angka kes buang bayi di kalangan remaja yang semakin meningkat, semakin membimbangkan.. apakah peranan kerajaan dan ibu bapa dalam hal ini?
ReplyDeleteKerajaan wajar melaksanakan satu polisi yang benar-benar dapat mengambil kira punca kepada masalah ini. Kita punyai ramai pakar di IPT yang boleh bersama-sama menyelesaikan masalah ini. Ibu bapa mesti mengambil berat hal ehwal anak masing-masing khususnya dalam pendidikan jiwa dan aqli supaya kita benar-benar memahami tujuan setiap daripada kita lahir ke dunia ini adalah dengan tujuan 'tidakKu jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepadaKu' Az Zariat:56.
ReplyDelete