Tuesday, March 31, 2009

Cerita nikah kawin 3

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku hadir satu majlis akad nikah kawan pada kawanku. Waktu itu aku bercuti di kampungnya. Jadi bila ada kenduri macam tu, dia pun pergi dan ajak aku sekali.

Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan di ruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ni.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam-macam jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar!

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunya mamat pengantin tu jawab ‘lima’. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh-contoh najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik-kecik lagi. Tok kadi pun angguk la, jadi aku rasa jawapan tu ok la kot. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? Bukannye susah, jawapannya anjing dengan babi je, tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi? Tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati moga-moga dia dengar ‘anjing dan babi’ tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu kerana majlis jadi kecoh kerana ramai orang yang duduk di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba-tiba aku semburkan balik, dah kena member kat tepi, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?

Tapi bila pengantin tu jawab ‘taik gajah’, suasana jadi hingar-bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macam mana? Taik gajah? Besar betul... nak-nak bila gajah makan durian.

Ada pengantin Johor kena nikah kat kedah. Tok kadi sana pesan baca deras (kuat). Dua tiga kali kantoi. Rupanya orang Johor panggil deras ni laju, orang Kedah kata deras ni kuatkan suara.

Kalau agak-agak tok kadi atau imam ni jenis cenge dan banyak soal, masa majlis akad bawa sekali keris pengantin. Soalan pertama pengantin pegang hulu keris sambil jawab. Soalan kedua, tarik keluar keris (bersarung) letak depan imam atau tok kadi sambil jawab. Masuk soalan ketiga, tarik sikit keris dari sarung sambil jawab. Lagi soalan, cabut keris cacakkan depan tok imam sambil jawab....ha ha ha.

Sumber: yahoogroups

1 comment:

  1. As'kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh
    digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini
    bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan
    diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk
    membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu
    hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad &
    surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete