Beberapa kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, itu bergerak di beberapa kawasan di ibu negara, ada yang memandu bas awam dan menghalang lalu lintas di jalan raya utama.
Ada juga penunjuk perasaan mengejar kereta membawa Abhisit kemudian memukul kenderaan itu dengan besi, membaling batu dan pasu bunga dengan diperhatikan polis, manakala orang lain memukul pemandu kenderaan yang memarahi mereka.
Wartawan juga melihat sekumpulan penunjuk perasaan berbaju merah mengerumuni dua atau tiga kereta perisai di luar sebuah pasar raya.
Wartawan juga melihat sekumpulan penunjuk perasaan berbaju merah mengerumuni dua atau tiga kereta perisai di luar sebuah pasar raya.
Bantahan lain turut dilaporkan di kawasan utara dan timur laut Thailand dengan satu kumpulan mengancam menyekat laluan jambatan utama menghubungkan Laos dan Thailand di Sungai Mekong.
Abhisit mengumumkan perintah darurat pada jam 2.30 petang waktu tempatan yang melarang perhimpunan lebih daripada lima orang, termasuk penyiaran berita yang boleh mencetuskan kekacauan awam serta membenarkan kerajaan mengarahkan askar menyuraikan rusuhan.
"Sehubungan itu, unit tentera dan polis ditempatkan di lebih 50 lokasi utama di Bangkok termasuk bas dan stesen kereta api," kata jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd.
"Sehubungan itu, unit tentera dan polis ditempatkan di lebih 50 lokasi utama di Bangkok termasuk bas dan stesen kereta api," kata jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd.
Kira-kira 400 askar bersenjata raifal turut ditempatkan di sekeliling Istana Chitralada, kediaman Raja Bhumibol Adulyadej.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Sathit Wongnogntoey, memaklumkan pihak berkuasa sudah menyekat siaran radio penunjuk perasaan sejajar dengan peraturan darurat.
Ketika mengisytiharkan darurat, Abhisit berkata, langkah itu bertujuan memulihkan keadaan.
"Kerajaan akan cuba menghalang keadaan menjadi lebih teruk. Saya meminta rakyat menyokong kerajaan bagi memulihkan keselamatan dalam negara," katanya di televisyen.
Tetapi, berdasarkan perkembangan selepas perisytiharan darurat, kerajaan Abhisit dilihat belum dapat mengawal keadaan. Laporan menyatakan, kesesakan lalu lintas berleluasa selepas penyokong Thaksin menghadang 10 persimpangan jalan raya di ibu negara.
Beberapa anggota polis dan penunjuk perasaan juga cedera selepas sekumpulan pembantah menyerbu Kementerian Dalam Negeri dan menyerang beberapa kenderaan sebaik Abhisit menamatkan ucapan yang mengumumkan darurat. Agensi
Berita Harian Online, 13/4/2009
Berita Harian Online, 13/4/2009
No comments:
Post a Comment