Sabah kaya dengan rumpai laut dan seringkali menjadi pilihan mereka yang mahu menjadikannya sebagai penawar penyakit tertentu. Rumpai laut atau nama saintifiknya ‘Eurchema Cottonii’ banyak di Semporna, Lahad Datu dan Kunak. Tempat lain ialah di Kudat, Kota Belud dan Tuaran.
Peluang perniagaan dan keusahawanan hasil industri rumpai laut adalah pengkulturan untuk bahan makanan, pemprosesan cip dan industri pemprosesan serta penggunaan carragenan.
Rumpai laut digunakan untuk pengeluaran ‘phycocolloids’ seperti carragenan, agar-agar dan bahan asas untuk bancuhan produk selain kaya galian `mikronutrien’ serta digunakan dalam pemprosesan bahan makanan. Ia merangkumi produk kering dan basah.
Dijangkakan pada tahun 2010, sebanyak RM27.5 juta daripada hasil industri ini dijangka dapat dijana. Tahun 2003 penjanaan hasil daripada rumpai laut adalah sebanyak RM7.7 juta.
Jika anda berminat dengan bisens rumpai laut, kawasan yang paling banyak ialah di Semporna merangkumi Terumbu Beaufort, Pulau Omadal membabitkan 3,990 hektar; Terumbu Creach, Menampilik, Nusa Tonga (4,043 hektar); dan Kepulauan Ligitan, Dinawan (10,830 hektar).
Selain itu, Bum-Bum Utara dan Egang-Egang (1,596 hektar); Sebangkat, Selakan dan Maiga (2,908 hektar); Boheian (770 hektar), Terumbu Batu Rua dan Kulapuan (576 hektar).
Saya juga telah bertemu dengan seorang rakan yang giat menjalankan bisnes ini iaitu seorang bekas guru yang sanggup mencari rumpai laut di Sabah. Berulang-alik dari Kuantan, Pahang mengikut keperluan pasaran, kadang-kadang beliau singgah di Brunei mencari pasaran di sana.
Sesekali dia borong rumpai laut untuk dijual kepada pelanggan di Semenanjung Malaysia. Ternyata usahanya dalam bisnes ini sungguh lumayan dan sekarang berbangga kerana memilik sebuah kereta mewah ‘mata belalang’.
No comments:
Post a Comment