Azam
yang tinggi menjadi prasyarat untuk berubah kepada yang lebih baik. Jika tidak
ada azam dalam diri, bagaimana hendak memulakan langkah perubahan?
Ramai orang
yang mula mengorak langkah membaiki keadaan sosial dan ekonomi diri
masing-masing selepas mendapat penerangan, mendengar pengalaman orang lain atau
mendapat galakan. Semua ini mencetuskan keinginan untuk memulakan perubahan
hidup.
Perubahan diri yang berkesan biasanya datang dari dalam diri. Azam
biasanya perlu diiringi dengan tolak ansur pada diri sendiri kerana ada masanya
kita berhadapan dengan suasana yang di luar jangka dan tidak dapat menyesuaikan
diri dengan cepat.
Ketika inilah kita perlukan semangat, bimbingan dan semangat
untuk terus kekal istiqamah membuat perubahan.
No comments:
Post a Comment