Kemahuan untuk mengubah
hidup ada kaitannya dengan apa yang hendak dicapai. Maknanya ada matlamat yang
hendak dicapai.
Seorang usahawan muda yang memilih kerja sendiri mestilah
memiliki keinginan untuk berjaya dalam bisnesnya.
Usahawan dan kemahuan yang
besar tidak dapat dipisahkan kerana kemahuan yang besar ini memberi sokongan
untuk mengharungi semua cabaran, menyelesaikan masalah dan memberi inspirasi.
Jarang benar seorang usahawan tidak mempunyai sasaran dalam bisnes kerana jika
tiada sasaran bermakna secara automatik gagal atau tutup kedai adalah antara
kesan besar yang dihadapi.
Begitu juga yang bekerja makan gaji, mereka juga
mahu menamatkan perkhidmatan dengan rekod perkhidmatan yang baik dan
membanggakan.
No comments:
Post a Comment