Friday, March 11, 2016

Mulakan dengan yang kecil








Dalam motivasi diri, kita perlu mengubah diri supaya selari dengan matlamat hidup atau impian yang hendak dicapai. Namun kita perlu tahu bahawa mengubah diri bukanlah senang kerana banyak juga cabaran dan konflik. 

Perkara paling penting ialah perubahan mesti disesuaikan dengan persekitaran dalaman dan luaran. Mulakan dengan membuang atau mengurangkan tabiat, sikap, pemikiran dan unsur-unsur negatif, dan secara perlahan-lahan gantikan dengan nilai-nilai positif. 

Contohnya, mungkin ada yang malu-malu hendak bercakap di khalayak. Seseorang itu boleh bercakap dengan rakan-rakan terlebih dahulu dalam jumlah yang kecil, kemudian ditambah dengan dorongan-dorongan lain yang dapat mengurangkan rasa takut dan gementar semasa berucap.

No comments:

Post a Comment