Hari ini saya ingin berkongsi tips tentang
bagaimana cara hendak bertindak memulakan perubahan diri.
Pertama, komunikasi.
Sesiapa sahaja yang berada dalam jaringan sosial kita amat penting, lebih-lebih
lagi yang mempunyai sikap positif, yang melihat masalah sebagai cabaran, yang
menjadikan kekecewaan sebagai penrorong dan yang melihat semua perkara sebagai
peluang yang positif.
Membina komunikasi dengan rakan-rakan seperti ini boleh
membawa kita ke arah yang sama.
Kedua, penglibatan. Tidak semua perubahan diri
boleh dilakukan secara bersendirian. Kita perlu libatkan orang lain yang turut
sama mahukan perubahan.
Dengan cara bersama-sama ini, idea boleh dijana,
pendapat boleh dibncang dan kerja boleh diselesaikan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment