Wednesday, March 09, 2016

Sudah tua susah hendak berubah









Mari kita nilai sejauhmana usia atau umur membantu kita menjadi orang yang lebih baik dan lebih banyak membantu orang lain menjadi lebih berjaya. 

Biasanya, apabila umur semakin meningkat, perubahan semakin sukar kerana sudah menempuh banyak pengalaman yang mengikat kuat hasil positif atau negatif. 

Contohnya, kalau dari umur muda sudah sukar menyimpan wang di bank untuk masa tua, hendak disuruh menyimpan ketika usia 50 tahun tentulah sukar. Biasanya kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pekerja menyimpan beberapa peratus wang gaji bulanan sehinggalah umur mencapai 55 tahun. 

Ada juga positifnya cara ini iaitu kita akan menyimpan wang secara terpaksa supaya kebaikannya dapat dinikmati pada masa hadapan.


No comments:

Post a Comment