Friday, April 01, 2022

Merealisasikan cita-cita


Jika saya bertanya, apakah yang anda ingin buat perubahan penting yang hendak diwujudkan dalam hidup? Jawapannya mungkin hendak tambah pendapatan? Tambah ramai kawan? Menjadi pakar? 

Untuk mendapat apa yang kita perlukan, perkara pertama adalah kepercayaan diri. Ramai orang yang nampaknya bercakap besar, cita-cita setinggi gunung tetapi gagal memberi pelan tindakan bagaimana hendak merealisasikan cita-cita mereka. 
Tidak mungkin hanya dengan berangan-angan kita boleh dapat apa yang kita idamkan. 

Kita mesti berusaha dengan fizikal, mental dan spiritual supaya usaha dan hasil kerja nanti menjadi sempurna. 

Gunakan sumber semula jadi yang ada dalam diri kita iaitu minda dan tubuh badan secara sepadu bagi mencapai keinginan kita.


No comments:

Post a Comment