Saturday, April 02, 2022

Terus usaha realisasi angan-angan


Bagi orang-orang muda yang baharu hendak berjinak-jinak dengan bisnes, alasan utama mereka adalah kekurangan modal, jadi semangat berkobar-kobar hendak membuat bisnes terkubur. 

Biarpun mereka memiliki angan-angan tinggi, ia tidak mencukupi. 

Andainya mereka membuat lebih banyak kajian, ramai daripada orang yang telah berjaya dalam bisnes telah memulakan perjalanan hebat dengan sedikti wang. 

Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar bisnes, konsep kejayaan adalah sama. Bermula dengan modal yang kecil, kini mereka memiliki berjuta-juta ringgit, menghasilkan produk yang hebat, inovatif dan memberi pengaruh kepada kita. 

Sekali dua gagal dalam usaha bisnes adalah biasa seperti gagal untuk mencari pengalaman, kurang arif cara menguruskan syarikat dan tidak kenal pelanggan. 

Jadi, jangan takut hendak berangan-angan.


No comments:

Post a Comment