Sunday, April 17, 2022

Hias luar dan hias dalam


Baju, seluar, tudung atau barangan kemas adalah hiasan diri yang sentiasa kita pakai. Sekali-sekala ada masanya, berbagai-bagai jenis fesyen yang dicuba. 

Golongan wanita sentiasa mencuba pelbagai aksesori seperti tudung dan pakaian lain supaya kelihatan cantik. 

Penampilan orang lelaki biasanya lebih ringkas. 

Namun kedua-duanya mengambil berat hiasan diri khususnya dari segi penampilan seperti jenis pakaian, warna, potongan dan jenama. Kita yakin dengan penampilan diri yang menarik, orang lain akan tertarik kepada kita. 

Namun sejauh mana kita menyediakan hiasan iman kita? Adakah kita juga bersungguh-sungguh memantapkan hiasan jiwa supaya kuat dan mantap? 

Kita juga perlu prihatin di sebalik hiasan fizikal dan kita juga perlu dihiasi dengan keindahan iman.


No comments:

Post a Comment