Sunday, April 03, 2022

Kejayaan boleh ditiru


Untuk berjaya, banyak caranya. Salah satu cara hendak berjaya ialah meniru pola mental orang yang telah berjaya. 

Sebenarnya kita boleh mengikut cara berfikir dan bertindak yang mereka lakukan. 

Contohnya apabila ada orang yang berjaya dalam pelajaran, kita boleh lakukannya, ada orang yang berani bercakap di khalayak, kita juga boleh melakukannya. 

 Malah apabila ada orang yang berjaya kerana kreatif dan inovatif, kita juga boleh turut berjaya seperti mereka. 

Cara berfikir orang yang berjaya ialah mereka memprogramkan apa yang mereka mahu dalam otak mereka. 

Katakan kita mahu memberikan ucapan kepada seribu orang, caranya ialah menyatakan pada otak atau pemikiran kita untuk berasa yakin, tenang dan boleh memberi ucapan dengan baik.

Jadi, kejayaan atau kemenangan boleh ditiru dan diduplikasi asalkan kita mahu. Selebihnya adalah usaha yang bersungguh-sungguh.


No comments:

Post a Comment