Kadangkala saya terfikir bagaimana orang yang biasa-biasa dan entah apa-apa mampu mencapai kejayaan yang sangat hebat dalam kerjaya mereka.
Kita tidak kenal pun pencetus idea ‘pendrive’ atau ‘thumbdrive’ tetapi gajet ini sudah menjadi keperluan dalam dunia teknologi maklumat. Pencipta ‘pendrive’ ini berasal dari pekan kecil tetapi berusaha dan mengubah cara kita menyimpan dan berkongsi maklumat.
Pada saya, orang yang menjadi pencetus kepada perubahan, walaupun kecil adalah sangat komited dengan kerja mereka.
Banyak cara dan usaha untuk melaksanakan impian mereka seperti membuat kajian, hadiri kursus, membaca buku-buku ilmiah dan kerap bertanya.
Pada masa yang sama mereka tidak kecewa dengan kegagalan. Sifat inilah yang menjadikan orang biasa-biasa boleh menjadi luar biasa.
No comments:
Post a Comment