Wednesday, April 20, 2022

Senyum semasa bercakap


Saya lihat anak-anak muda di Malaysia semakin ghairah atau menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh dalam bisnes hari ini. 

Satu prinsip yang harus mereka tahu adalah untuk menggalakkan jualan dan menambah keuntungan, mereka perlu memenangi hati orang lain iaitu peanggan supaya bisnes dapat berkembang. 

Pentingnya memenangi hati pelanggan tidak boleh ditolak tepi kerana bisnes ada persaingan.

Walaupun menjual pisang goreng atau air tebu di tepi jalan, persaingan tetap ada. Cara untuk memenangi hati pelanggan adalah memberi senyuman ketika berinteraksi dengan mereka dan menggunakan bahasa serta ayat yang manis dan tingkah laku yang mesra. 

Insya Allah pelanggan akan setia dengan produk kita.


No comments:

Post a Comment