Setiap kurun, terdapat beberapa orang tokoh dalam pelbagai bidang yang mengubah ekonomi dunia, perjalanan geopolitik, membaharui gerakan sosial dan mengubah budaya serta cara hidup.
Antara mereka adalah Bill gates (komputer), Henry Ford (kereta) dan Mohd Yunus (mikrokredit). Kejayaan mengubah hidup masyarakat dunia sangat akrab dengan pendidikan.
Namun mereka yang berjaya ini tidak semestinya mempunyai IQ yang hebat sepanjang masa.
Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan kejayaan ini disebabkan terdapat pola kecemerlangan tertentu. Antaranya adalah sikap mereka, set kepercayaan diri, tingkah laku mereka dan sebagainya.
Mereka sangat energetik, bertenaga dan sentiasa mencari-cari jalan untuk membuat inovasi dan menghasilkan produk-produk baru.
No comments:
Post a Comment