Nilai-nilai yang kecil, jika diperkuatkan akan mampu menjadi tabiat dan budaya dalam jangka masa panjang.
Untuk membentuk nilai-nilai yang kita ingini, ia perlu dilakukan berulang kali, lengkap dengan ganjaran dan hadiah sebagai galakan.
Contohnya, kita hendak membina nilai disiplin pada diri sendiri, rakan-rakan, anak murid dan pelajar, perkara pertama adalah kita percaya kemampuan kita untuk membentuk nilai disiplin ini, kita mula bergerak mencari jalan untuk merealisasikannya seperti mencari maklumat, dapatkan panduan dan cara membuat perubahan dan juga mengenal pasti orang-orang yang mempunyai disiplin diri yang tinggi.
Dalam proses itu, diberi ganjaran dan pujian kepada orang yang menunjukkan keinginan untuk lebih berdisiplin.
No comments:
Post a Comment