Setiap kali gagal, kita akan dapati orang yang gagal sentiasa akan memberi alasan, bukan satu alasan tetapi mungkin sehingga sepuluh alasan.
Di samping alasan, kita mungkin menyalahkan orang lain, semua orang salah kecuali diri sendiri. Apabila sudah tidak ada orang lain lagi, kita mula kecewa dan berputus asa untuk mencuba lagi.
Orang yang berjaya bangkit daripada kegagalan amat berbeza dari segi watak dan sifatnya.
Orang yang bangkit daripada kecewa dan putus asa memiliki ciri-ciri fleksibiliti iaitu kemampuan mengubah strategi ke arah yang diingini.
Selepas mendapat maklum balas, mereka menyusun strategi dan melakukan apa yang diperlukan bagi mendapat hasil yang diinginkan.
Dalam erti kata lain, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita.
No comments:
Post a Comment