Sebuah organisasi baru sahaja bertukar bos. Jika dahulu bos lelaki, kini bosnya adalah perempuan. Perbezaan antara kedua-dua bos ini umpama langit dan bumi kerana mengikut John Gray, lelaki datang dari Mars manakala perempuan datang dari Venus.
Kedua-duanya Ada gaya, citarasa, impian dan pendekatan sendiri.
Jadi, bagaimana bos perempuan ini hendak menerapkan gaya kepimpinan baharu? Cara fikir baharu? Budaya baharu? Malah serba-serbinya baharu? Sangat susah.
Antara masalah yang beliau hadapi adalah ketepatan masa yang mana masuk dan keluar pejabat tidak dipantau dan motivasi pekerja yang berada pada tahap rendah.
Kursus kerja berpasukan yang dianjurkan tidak berkesan dan ceramah motivasi kerja telah banyak dilaksanakan.
Lalu ada seseorang memberi nasihat ‘Bagi mengubah keadaan, kita mesti mengubah diri kita sendiri terlebih dahulu, baharulah orang lain akan ikut’.
No comments:
Post a Comment