Monday, April 11, 2022

Kekalkan emosi gembira


Emosi sangat penting dalam hidup kita. Rasa bahagia, ceria, sayang atau ‘happy’ boleh merangsang kita untuk menghasilkan perkara yang baik-baik. 

Contohnya, katakan semua Dee Jay di radio mendapat bonus sebulan gaji, bagaimana emosi mereka? 

Kita sudah boleh agak, sebaik sahaja mendengar bonus, tentu mereka akan sukahati. Itu baru dengar. 

Sementara hendak tunggu dapat bonus, emosi mereka sangat positif, nada suara pun gembira dan produktiviti meningkat. 

Emosi yang positif telah merangsang mereka untuk bekerja dengan lebih seronok. Begitu juga dalam kehidupan kita. 

Mengekalkan emosi atau perasaan yang gembira dan suka adalah sifat yang sangat penting supaya kita boleh mengawal hidup dan tanah semasa menghadapi kekecewaan.


No comments:

Post a Comment