Wednesday, April 13, 2022
Maafkan selepas marah
Kadar kelahiran di dunia dikatakan melebihi kadar kematian. Terima kasih kerana perkhidmatan kesihatan yang semakin baik dan berkualiti tetapi hari ini saya hendak berkongsi tentang kematian di luar jangka, tidak diduga berlaku, sebagai iktibar kepada kita.
Seorang kakak marah-marah dengan sikap adik bongsunya iaitu lelaki. Kakak ini seorang yang jenis tidak dapat mengawal cakap atau bahasa sekarang dipanggil ‘mulut laser’ yang membuatkan adiknya keluar rumah dan tidak mahu pulang.
Orang muda yang merajuk ini tidak pulang ke rumah sehinggalah tengah hari keesokannya.
Kakak yang bekerja di pejabat sedang bermesyuarat apabila tiba-tiba mendapat panggilan telefon yang memaklumkan adik yang dimarahinya telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.
Si kakak menangis tidak henti-henti dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan.
Sebaik-baiknya adalah selepas melepaskan kemarahan, minta maaf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment