Wednesday, April 06, 2022

Menunggu peluang



Ahli falsafah, Socrates berkata, ‘Tidak ada orang yang mahu berubah sehingga dia melihat keperluannya’. 

Tidak berubah maksudnya berada dalam zon selesa, ‘comfort zone’, sudah cukup makan, boleh hidup dan sebagainya. 

Ramai orang yang memiliki sindrom ini, di semua peringkat sama ada bekerja makan gaji atau sendiri, pangkat kecil atau besar. Satu fenomena yang sedang berlaku dalam kalangan lepasan universiti adalah menunggu-nunggu peluang pekerjaan sehingga setahun lamanya. 

Dalam tempoh setahun itu dia cuba mencari-cari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik tetapi tidak dapat-dapat. 

Selepas tempoh setahun, apa yang berlaku? 

Di rumah ibu dan bapa mula bising-bising tidak ada pekerjaan, justeru, mahu ataupun tidak perlulah mencari kerja sendiri. Itulah keperluannya.



No comments:

Post a Comment