Tuesday, April 19, 2022

Jaga hati pelanggan


Dalam bisnes, pelanggan sangat penting. Pelanggan yang datang membeli barang atau perkhidmatan kita boleh memanjangkan atau memendekkan jangka hayat bisnes. 

Untuk usahawan muda yang berminat dengan bisnes jangka panjang, perkhidmatan pelanggan mesti dipelajari. 

Antara aspek paling penting dalam perkhidmatan pelanggan adalah ‘menjaga mulut’ supaya hati pelanggan tidak terguris atau bahasa lainnya adalah kecil hati. 

Pernahkah kita menerima panggilan telefon daripada jurujual yang ingin menjual produk lalu memaksa kita membelinya. 

Selepas kita menolak untuk membeli, beliau menzahirkan kemarahannya. 

Saya rasa bukan sahaja barang yang ingin dijualnya kita tidak mahu membeli, produk atau jenama barangnya pun kita tidak ingin mendengar lagi.


No comments:

Post a Comment