Allah SWT menyatakan semua yang baik-baik datang dari-Nya manakala yang buruk dan keji adalah perbuatan kita sendiri.
Di sini Allah SWT memberi pilihan kepada kita iaitu jika kita ikut apa yang yang Allah SWT mahu, kita akan dapat kebaikan. Jika tidak, banyaklah masalah yang akan timbul.
Allah SWT beri pilihan untuk kita sendiri tentukan ke mana hendak tuju. Pilihan itu sangat banyak. Andai kata kita tidak membuat pilihan, orang lain yang akan memilih untuk kita.
Sebaik-baiknya biarlah kita sendiri yang menentukan apa yang terbaik untuk masa hadapan.
Pilih sendiri kursus apa yang hendak diambil di universiti atau bidang apa yang hendak diutamakan apabila mendapat banyak pilihan.
No comments:
Post a Comment