Setiap pagi pada hari Jumaat, rakan-rakan di tempat kerja saya akan duduk dalam sesi tazkirah bagi mendengar bahan-bahan didikan bagi menyiram hati dan minda dengan peringatan-peringatan penting mengenai kehidupan.
Pada peringkat awal program ini dilaksanakan, pihak penganjur mencatat nama untuk rekod kedatangan. Walaupun diambil kedatangan dan diberi markah, kehadiran staf masih lagi rendah.
Lalu pihak penganjur menukar strategi hebahan.
Caranya adalah menyatakan keperluan tazkirah itu dalam kehidupan dan tiada rekod kehadiran yang akan diambil.
Dalam minggu-minggu seterusnya, kehadiran bertambah sedikit demi sedikit.
Untuk mengajak orang lain berubah, kadangkala kita perlu menerangkan kebaikan yang banyak untuk hidup masa hadapan.
No comments:
Post a Comment