Thursday, April 14, 2022

Jaga kesihatan biar mantop


Suatu hari saya membuka e-mel dan terdapat bermacam-macam jenis e-mel yang masuk kedalam inbox

Saya teliti satu demi satu dan akhirnya berminat dengan dua e-mel mengenai kematian.

Seorang meninggal dunia kerana sakit jantung (yang ini agak berumur orangnya) dan seorang lagi orang muda yang baru berusia 28 tahun, beliau meninggal dunia kerana anemia yang akut. 

Saya mendapat maklum yang anak muda ini selalu berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Hari ini, usia muda sangat berharga. 

Kesihatan mesti dijaga, tekanan darah mesti dipantau, paras gula dalam darah harus dijaga manakala paras kolestrol mesti berada pada paras normal. 

Aktiviti makan dan minum serta berehat harus diatur sebaik-baiknya supaya anggota badan kita sentiasa dalam keadaan sihat.


No comments:

Post a Comment