1.0 Pengenalan
Sukan terdiri daripada aktiviti
fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah
yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan
di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang
bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat
pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan
manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton. Sukan ialah salah
satu aktiviti riadah.
1.1 Objektif Kajian
Objektif
kajian ini adalah mengetahui peranan sukan utama ke atas perpaduan pelajar di
Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
1.2 Penyataan Masalah
Secara amnya, rakyat Malaysia mengamalkan
sukan dalam kehidupan harian masing-masing terutamanya pada waktu petang. Tujuan
mereka melakukan aktiviti tersebut adalah bukan sahaja untuk menjaga kesihatan
malah adalah untuk mengeratkan hubungan sillaturrahaim antara keluarga dan
kawan-kawan. Tetapi persoalanya adalah adakah sukan ini dapat mengeratkan
perpaduan kaum di antara satu sama lain. Contohnya orang Cina bermain bola
sepak bersama orang Melayu ataupun orang Melayu sendiri bermain bola keranjang
dengan orang Cina pada waktu petang. Bagi generasi muda sekarang, ramai yang
masih bersukan atau beriadah mengikut kaum masing-masing, tanpa menghiraukan
kaum lain. Ini dapat dibuktikan sendiri di kawasan-kawasan perumahan dan
sebagainya.
1.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk
mengetahui sejauhmanakah perpaduan antara kaum terjalin ketika bersukan. Selain
itu ia juga dapat mengetahui kaum manakah akan mendominasikan sukan pada waktu
petang. Di samping itu, ia juga dapat menganal pasti masalah-masalah yang
menyebabkan perpaduan tidak berlaku dalam kalangan pelajar UTeM.
2.0 Sorotan Kajian
Sukan tidak pernah mengira latar
belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang
interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak
negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari,
Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V
Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga
menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola
sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan
termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan
menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan
negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan
dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan
pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran
sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan
Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan
terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan
'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989
yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk
sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh
Malaysia di arena antarabangsa.
Di samping itu, dalam sukan
badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988
dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan
aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator
penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung'
keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan
lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.
Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional
serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana
Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu
pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan
bukan semata-mata atlet yang terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar
dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan
dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai
benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara
mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan
prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke
atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu
memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan'
bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan
mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang
boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan
rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses
meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah
'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
Dasar Sukan Negara. Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan
Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan
fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai
industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan
dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan
sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi
pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan
Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh
dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua
lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan
Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah
berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan,
penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain
bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang
berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan
toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal
yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan
pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah
bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek
kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan
negara.
Di peringkat individu, sukan
menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya
saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan
menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan
tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan
menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan
ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan
ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan
peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan,
pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.
Objektif Dasar Sukan Negara
1.
Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan dalam kalangan masyarakat;
2.
Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di
kalangan masyarakat;
3. Menggalakkan penyertaan
aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi membentuk sebuah
masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu;
4. Menyediakan peluang, insentif
dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu melalui sukan;
5.
Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat;
6. Memperkukuhkan badan dan
organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang profesional;
7.
Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan
8.
Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat
kesukanan yang tulen.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini dilakukan ke atas
pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dalam kajian ini, ia merangkumi
satu aspek sahaja iaitu pemikiran dan nilai (peringkat idea). Kajian in
menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik ke atas
40 orang reponden di UTeM.
Selain itu, kajian juga telah dilaksanakan
di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di situ
kita mendapat bahan bahan tentang kajian kita termaksud arkib tentang sukan,
yang disimpan sejak 20 tahun yang lalu. Di situ juga dapat difahami bahawa
perpaduan sukan di Malaysia terbentuk sementak 20 tahun yang lalu.
4.0 Hasil
Kajian
Bahagian A soal selidik merujuk
kepada latar belakang responden yang telah diselidiki. Jumlah responden ialah
seramai 40 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Majoriti borang soal
selidik yang kami edarkan kepada responden terdiri daripada pelajar yang berumur 20 hingga 24 tahun, berbangsa Melayu
dan terdapat beberapa responden berbangsa Cina, India dan lain-lain etnik.
Bahagian B terdiri daripada enam
soalan yang berbentuk pertanyaan tentang masa untuk bersukan. Misalnya adakah
mereka biasa bersukan di UTeM dan adakah mereka memperuntukkan masa yang
panjang untuk beriadah. Di samping itu, mereka ditanya tentang tempat bersukan
dan dari mana mendapat informasi tentang sukan.
Bahagian C pula difokuskan soal
selidik pada dasar perpaduan antara kaum. Ia terdiri daripada tujuh soalan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui sama ada perpaduan antara kaum wujud ketika
bersukan.
Rajah 1: Peratusan responden
mengikut kaum
Berdasarkan Rajah 1 di atas,
diketahui bahawa responden paling ramai adalah responden Melayu iaitu 52
peratus manakala paling sedikit adalah kaum India iaitu 20 peratus.
Rajah 2: Peratusan pelajar UTeM yang
pernah bersukan
Berdasarkan Rajah 2 di atas, kita
dapat melihat bahawa 70% menyatakan bahawa mereka pernah bersukan manakala 30
peratus menyatakan tidak.
Rajah 3: Peruntukan masa yang panjang
untuk bersukan
Berdasarkan Rajah 3 di atas, 62%
responden menyatakan mereka memperuntukkan masa yang agak panjang untuk
bersukan.
Rajah 4: Tempoh bersukan di UTEM
Berdasarkan Rajah 4 di atas,
kebanyakan pelajar tidak pernah bersukan di UTeM sebaliknya pergi beriadah di
tempat luar yang disediakan.
Rajah 5: Informasi tentang sukan
Berdasarkan Rajah 5 di atas,
kebanyakan responden mengetahui informasi tentang sukan dari rakan-rakan.
Rajah 6: Tempat melakukan aktiviti sukan
Berdasarkan Rajah 6 di atas,
pelajar-pelajar UTeM tidak menggemari bersukan di dalam kompleks UTeM. Sebaliknya
mereka memilih untuk pergi ke kompleks sukan yang lain seperti gelanggang
futsal.
Rajah 7: Sukan kegemaran di UTeM
Berdasarkan Rajah 7 di atas, 18%
pelajar tidak bermain di UTeM dan bermain selain sukan yang disediakan dalam
borang soal selidik. Di samping itu hanya 7% sahaja pelajar UTeM yang bermain
bola keranjang.
Rajah 8: Tujuan bersukan
Berdasarkan Rajah 8, 21% iaitu
majoriti menyatakan bahawa tujuan mereka bersukan adalah untuk menyihatkan
badan manakala 7% sahaja menyatakan bahawa mereka bersukan hanya untuk mencari
pasangan.
Rajah 9: Bersukan bersama pelbagai kaum
Berdasarkan Rajah 9, 52% daripada
responden pernah bersukan dengan pelbagai kaum.
Rajah 10: Menghabiskan masa yang panjang
untuk bersukan dengan kaum lain
Berdasarkan
Rajah 10, 68% daripada responden tidak meluangkan masa yang lama untuk bersukan
dengan pelbagai kaum.
Rajah 11: Sukan dapat mengeratkan
perpaduan kaum
Berdasarkan
Rajah 11 di atas, majoriti responden bersetuju dengan sukan dapat
menyatupadukan seluruh kaum.
Rajah 12: Pernah bertanding sukan dengan
kaum lain
Berdasarkan
Rajah 12 di atas, 62% responden pernah bertanding sukan dengan kaum lain.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan
kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk
perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua
aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti
Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat
mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan
pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang
dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan,
kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
Sukan
tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran
diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal
menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat,
sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai
kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama
antarabangsa.
Rujukan
Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan
Dalam Masyarkat Malaysia. Johor Bharu: Penerbitan Pelangi.
Arkib Sukan, 1992, Majlis Sukan
Negara Malaysia
Wikipedia sukan, ensiklopedia
bebas
'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.
'Sukan Alat Perpaduan Di Malaysia', Kolum Pena Dr. Siva, Utusan Malaysia, 7 Ogos 2012.
MZ Zainudin, Fadzrul Ikhwan Mohd Zaid,
Mohd Firdaus Halim, Dailami Mansor, Muhamad Faiz Che Pa @Mustapa, Mohamad Hafiz
Mat, Ahmad Tharmizi Md. Sukhaimi, Tee Hoo Yeow
ayat sebijik dengan artikel Dr. Sivamurugan (utusan malaysia, 2012)
ReplyDelete