1.0 Pengenalan
Secara umumnya pengertian tamadun dan Tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun antaranya ialah madaniah, tamadun dan hadarah. Ibn Khaldun, seorang sarjana Islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah suatu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang riinsahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar, dan kota-kota dipanggil mudu.n yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubung kait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara. Selain daripada definisi di atas, terdapat di kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan Tamadun Islam . Di antara sarjana tersebut ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang telah memberikan takrif Tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya".
1.1 Objektif Kajian
Objektif yang diperolehi daripada kajian ini adalah mengenal pasti asas dan matlamat sebenar subjek Tamadun Islam. Selain itu, kajian ini juga ingin mengetahui tahap pemahaman pelajar tentang Tamadun Islam khususnya di UTeM yang terdiri daripada pelajar atau responden berbilang bangsa dan agama.
2.0 Sorotan Literatur
Secara umumnya pengertian tamadun dan Tamadun Islam mempunyai perkaitan daripada aspek bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut bahasa Arab, sudut epistemologi bahasa Inggeris dan Latin. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah, tamadun dan hadarah
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad IbnKhaldun (عبدالرحمنبنمحمدبنخلدونالحضرمي) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395 Masihi. Nama penuh beliau adalah Abd al-Rahmani bn Muhammad ibn Abi Bakar Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun.Beliau lahir pada tahun 732 Hijrah bersamaan dengan tahun 1332 Masihi di Tunisia dan meninggal pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
Ibn Khaldun berasal daripada keluarga berada dan beliau diberi pendidikan yang terbaik oleh keluarganya. Beliau yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan Islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah umran, Umran digunakan dalam kajian tentang bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, keadaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarahialah suatu daerah, kota, bandar, kampong atau tanah yang usahakan. Dalam penggunaan bahasa Arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup bandar dan kota-kota dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.
Dari sudut epistemologi, istilah civilization dalam bahasa Inggeris berhubungkait dengan kemajuan dalam kehidupan manusia yang membentuk peradaban dan tamadun. Ini menunjukkan, bahawa istilah civilization yang dimaksudkan sebagai tamadun manusiawi lebih merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara. Selain daripada definisi di atas, terdapat dalam kalangan sarjana Islam yang memberikan definisi berhubung dengan Tamadun Islam .
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif Tamadun Islam sebagai "keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya".
3.0 Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 50 responden mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Edaran boring ini menggunakan Google doc dan laman sosial Facebook.
4.0 Hasil Kajian
Rajah 1: Peratusan responden
Rajah 1 di atas merujuk pada jumlah peratus jantina, peratus jantina perempuan melebihi peratus jantina lelaki iaitu 56% manakala peratus jantina lelaki ialah 44%. Kesimpulannya carta tersebut menunjukkan responden jantina perempuan lebih berminat untuk menjawab soal selidik berkaitan perkembangan Tamadun Islam berbanding responden lelaki. Ini membukti majoriti perempuan lebih memberi perhatian dan berminat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan mereka dalam perkembangan Tamadun Islam berbanding lelaki.
Rajah 2: Peratusan bangsa responden
Rajah 2 di atas merujuk pada peratus bangsa para pelajar di Universti Teknikal Malaysia Melaka yang telah menjawab soal selidik tentang perkembangan Tamadun Islam. Peratus kaum melayu lebih tinggi berbanding kaum lain. Peratus kaum Melayu ialah 64%, manakala diikuti kaum Cina iaitu 35%, kemudian kaum India iaitu sebanyak 1%. Kesimpulan yang dapat dihuraikan ialah tedapat lebih ramai kaum Melayu yang lebih memberi kerjasama, sokongan serta minat untuk mendalami berkaitan perkembangan Tamadun Islam berbanding kaum lain.
Rajah 3: Peratusan agama responden
Rajah 3 di atas merujuk pada jumlah peratus agama para pelajar di Universti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang telah menjawab soal selidik tentang perkembangan Tamadun Islam. Carta di atas jelas menunjukkan bahawa peratus agama yang paling tinggi iaitu agama Islam dengan 65%, kemudian agama Buddha dengan 29%, kemudian diikuti agama hindu dengan sebanyak 4%, dan yang paling rendah ialah agama Kristian.
Rajah 4: Peratusan tahun pengajian responden
Rajah 4 di atas merujuk kepada jumlah peratus tahun pengajian di Universti Teknikal Malaysia Melaka yang melibatkan diri dalam kajian ini. Carta berikut jelas menunjukkan bahawa peratus pengajian yang paling tinggi ialah dari tahun 1 iaitu sebanyak 75% diikuti dari pengajian dari tahun 3 iaitu sebanyak 13%, kemudiannya dari tahun 4 iaitu 7% dan yang paling rendah ialah peratus pengajian dari tahun 2.
Rajah 5: Peratusan responden yang memberi pendapat
Rajah 5 di atas menunjukkan peratusan responden yang memberi pendapat tentang pengetahuan mereka mengenai maksud Islam. 80% responden menyatakan YA dan tahu apa itu maksud Islam, 17% responden pula menyatakan TIDAK manakala 3% lagi TIDAK PASTI. Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada responden yang berbilang kaum di UTeM mengetahui maksud Islam.
Rajah 6: Peratusan responden yang yakin terhadap kandungan subjek Tamadun Islam
Rajah 6 di atas menunjukkan peratusan responden yang yakin kandungan subjek Tamadun Islam. Sebanyak 78% responden bersetuju dan yakin, 8% mengatakan tidak yakin manakala 14% daripada mereka tidak pasti tentang kandungann tersebut. Majoriti responden yakin tentang kandungan subjek Tamadun Islam, segelintir daripadanya tidak yakin mungkin disebabkan faktor pegangan atau kepercayaan agama masing-masing.
Rajah 7: Peratusan responden mengenai pandangan mereka
berkaitan dengan semesta alam yang diajar menerusi Al-Quran
Rajah 7 menunjukkan peratusan responden mengenai pandangan mereka yang berkaitan dengan semesta alam yang diajar menerusi Al-Quran. Analisis di atas menunjukkan sebanyak 69% responden bersetuju dan tahu, manakala 14% dan 17% daripadanya mengatakan tidak tahu langsung dan tidak pasti. Keseluruhannya, majoriti responden bersetuju dan tahu bahawa pandangan semesta alam ada diajar Al-Quran.
Rajah 8: Menunjukkan peratusan responden mengenai pengetahuan mereka
tentang asas utama dalam Tamadun Islam
Rajah 8 di atas menunjukkan peratusan responden mengenai pengetahuan mereka tentang asas utama dalam Tamadun Islam. 95% atau majoriti responden tahu bahawa akidah, syariah dan akhlak merupakan tiga asas penting dalam Tamadun Islam. Hanya 3% dan 2% atau minoriti responden tidak tahu dan tidak pasti.
Rajah 9: Peratusan reponden yang yakin tentang kefahaman konsep Tamadun Islam
Rajah 9 di atas menunjukan peratusan reponden yang yakin tentang kefahaman konsep Tamadun Islam. Sebanyak 64% responden menyatakan mereka memahami konsep Tamadun Islam manakala 4% menyatakan mereka tidak faham tentang konsep ini. Selebihnya 32% lagi tidak pasti sama ada mereka faham atau tidak konsep Tamadun Islam. Ini menunjukkan responden yang memahami konsep Tamadun Islam ini lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak faham. Kemungkinan mereka yang menyatakan YA itu memahami dan mengetahui konsep ini melalui laman web ataupun media massa yang sekarang banyak diterbitkan untuk tatapan golongan yang ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang sejarah.
Rajah 10: Responden yang mengenali mana-mana tokoh Islam yang
menyumbangkan kepada Tamadun Islam
Rajah 10 di atas menunjukkan responden yang mengenali mana-mana tokoh Islam yang menyumbangkan kepada Tamadun Islam. Sebanyak 77% responden menyatakan mereka mengenali tokoh-tokoh Islam ini. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 23% tidak mengenali tokoh-tokoh yang menyumbangkan terhadap Tamadun Islam. Sumbangan tokoh-tokoh Islam pada masa Tamadun Islam terdahulu memberi kesan sehingga sekarang kepada seluruh umat Islam. Banyak ciptaan dan sumbangan mereka dapat dilihat sehingga hari ini.
5.0 Kesimpulan
Tamadun Islam ini merupakan zaman penanaman benih Tamadun Islam di mana buah dan hasilnya dapat dinikmati oleh umat Islam terkemudian. Rasulullah saw telah diutuskan oleh Allah untuk membawa manusia ke jalan yang benar, yang dapat menjamin kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat. Tamadun yang dibina adalah berasaskan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt kepadanya selama 23 tahun yang dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Makki (Mekah) selama 13 tahun dan Zaman Madani (Madinah) selama 10 tahun. Sesungguhnya zaman inilah yang merupakan detik awalan dan penentuan kepada kegemilangan dan kecemerlangan Tamadun Islam. Secara kesimpulannya, setiap tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kemajuan dan perkembangannya.
Kesinambungan dari perkembangan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Perkara yang paling penting sekali, setiap tamadun sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ketaraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan dan sejarah yang tersendiri yang perlu diketahui oleh kita semua bagi memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan. Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan negara dan agama kita.
Rujukan
Azhar Md Aros & Ahmad Zaki Haji Latif. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS). Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Penerbit UTeM.
Mashitah Sulaiman & Adibah Sulaiman @ Mohamad. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Edisi Lengkap. Kuala Lumpur: Penerbit UPSI.
Mohd Liki Hamid. (2002). Pengajian Tamadun Islam. Edisi Kedua. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Muhammad Hafiz Mat Tajudin. (2012). Personaliti Ilmuwan Islam Berjaya. Putrajaya: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Hj. Daud. (1989). Tamadun Islam. Edisi Ketiga. Petaling Jaya: Penerbit Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.
Osman Bakar, Azizan Baharudin & Zaid Ahmad. (2000). Modul Pengajian Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam
https://docs.google.com/forms/d/1LYQ9GCCW8bvsWYRh7JqMtDGmwkG1zlBGBQZKbSVEek/viewanalytics
MZ Zainudin
No comments:
Post a Comment